Astro membawakan sebuah telefilem aksi thriller bertajuk Hierarki untuk tontonan ramai menerusi siaran Astro Ria bermula 26 November 2021.
BACA : Telefilem Kak Kek Ngajar Oppa Kecek Di Astro Ria
Telefilem ini menampilkan finalis Hero Remaja 2021 sebagai pelakon utama disamping pelakon-pelakon hebat lain bersama juga penampilan khas daripada Datuk Rosyam Nor.
Pengarah : Boy Fareed Sharif
Penerbit : Boy Fareed Sharif
Penulis Skrip : Bpy Fareed Sharif
Produksi : Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon finalis Hero Remaja 2021 yang terlibat dalam telefilem Hierarki ini seperti Fazziq, Amir, Mierul, Ideen, Afiq dan Akad.
Manakala terdapat juga penampilan istimewa dariapda pelakon Namron, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Kamarool Hj Yusoff (Cik Man) dan penampilan khas daripada Datuk Rosyam Nor.
Sinopsis Telefilem Hierarki
Telefilem Hierarki mengisahkan 6 pemuda dari latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza yang akhirnya membina satu ikatan setiakawan dalam jangkamasa yang singkat.
Fazz, seorang selebriti media sosial, Ijan – seniman jalanan, Megat si gelandangan, Jali bekas banduan, Wafi seorang pemuda istimewa yang juga mangsa buli serta Saikaboi seorang gamer yang banyak hutang.
Mereka kesemua telah dijemput menyertai satu eksperimen psikologi rahsia di suatu kordinat yang tiada titik liputan.


Mereka dan 4 lagi peserta diuji secara fizikal dan mental di sebuah kapal korek usang. Hanya yang berjaya akan selamat, yang gagal maut menjelang.
Eksperimen ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan emosi, pemikiran, kepercayaan dan ketahanan anak-anak muda ini.
Pelabgai debaran sepanjang mereka menjalani penyelidikan ini termasuk komplot balas dendam bertahun tiba-tiba muncul yang akhirnya menyemarakkan kemarahan.
1 demi 1 tewas. Yang selamat bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari experimen ini. Mampukah mereka melakukannya?
Waktu Tayangan
Telefilem Hierarki ini telah mula disiarkan pada 26 November 2021 yang lalu iaitu hari jumaat jam 10.00 malam di Astro Ria CH104. Boleh juga tonton menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.