- advertisement -

Sempena Aidiladha, RTM bawakan telefilem khas bertajuk Hidayah Bukan Milik Kita yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 1.00 tengah hari di TV2 atau tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : RTM TV2
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Waktu : 1.00 Tengah Hari
Penulis Skrip : Ken Ridzuan & Rahman Saharddin
Pengarah : Khalid Sulaiman
Produksi : Inovasi Movies Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Joey Daud, Khairil Ridzuan, Mohamad Zulhelmi, Mubarak Majid, Wafariena Roslan, Darling dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Hidayah Bukan Milik Kita

Telefilem Hidayah Bukan Milik Kita mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Rahmat, Redha dan Syukur yang gemar mencuri. Suatu hari mereka nekad ingin berubah dan pulang ke kampung.

- advertisement -

Namun apabila berada di kampung, mereka kembali mencuri kerana desakan dan keperluan hidup. Hinggakan mereka merancang untuk merompak sebuah rumah yang mana tanpa mereka sedar bahawa rumah tersebut adalah rumah Pak Imam dan Mutawwif.

Ketika merompak, Pak Imam tiba-tiba balik dari masjid. Mereka bertiga yang terkejut telah menangkap Imam serta membungkusnya di dalam guni. Dalam keadaan kelam kabut untuk melarikan diri, mereka telah membawa bungkusan yang berisi Pak Imam dengan menggunakan kereta Pak Imam ke sebuah rumah kosong.

Haru biru jadinya bila mereka sedar bahawa yang berada dalam bungkusan tersebut adalah Pak Iman! Apakah yang terjadi pada akhirnya?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here