Jangan lupa saksikan telefilem Hello Suri pada 27 April 2023, 6 Syawal, bersiaran pada hari Khamis, pukul 2.00 petang menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.coom.my.
Telefilem seram komedi yang ditayangkan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Heykal Hanifah
Tayangan : TV3
Tarikh : 27 April 2023 (Khamis)
Masa : 2.00 Petang
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefielm Hello Suri seperti Sophia AlBarakbah, Syazwan Zulkifly, Black Hanifah, Nadia Brian, Usop Wilcha, Fauzi Nawawi, Wanns Ahmad, Dayang Areeda dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Sophia AlBarakbah sebagai Suri
- Syazwan Zulkifly sebagai Amir
- Black Hanifah sebagai Usin
Sinopsis Telefilem Hello Suri
Telefilem Hello Suri mengisahkan tentang Amir iaitu seorang pemuda kampung yang sering bernasih malang dan akhirnya telah dibuang dari kampungnya sendiri akibat salah sangka orang sekeliling.
Dia juga terpaksa memutuskan hubungan dengan Juwita. Ketika dalam perjalanan, Amir menemui telefon bimbit yang masih berfungsi dengan baik.
Suri iaitu pemilik kepada telefon tersebut dikatakan telah meninggal dunia dan muncul di hadapan Amir dan Usin yang mana Suri berjanji akan memenuhi impian mereka.