- advertisement -

Telefilem Hati Seorang Ibu akan diulang siar pada 16 Mac 2022 menerusi slot Drama On 2 yang dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2.

Telefilem arahan Hanafiah Shariff ini menampilkan pelakon seperti Rusdi Ramli, Azza Suaymi, Mimi Ernida dan Adam Shah ini pada awalnya disiarkan sempena Hari Ibu. Kali ini anda boleh tonton semula di kaca tv.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Hanafiah Shariff
Penulis Skrip : Mahizan Husain
Penerbit : Azmy Ariff
Produksi : Easy Win Media Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Rusdi Ramli, Azza Suaymi, Mimi Ernida, Adam Shah, Efa Nareesha, Puteri Shasha, Abu Al-Kammal dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Rusdi Ramli sebagai Abdulla
  • Azza Suaymi sebagai Husna
  • Mimi Ernida sebagai Miza
  • Adam Shah sebagai Jefri
  • Efa Nareesha sebagai Sakinah
  • Puteri Shasha sebagai Atiyah

OST Telefilem

Judul : Kau Pergi Jua
Penyanyi : Najwa Latif

Sinopsis Telefilem Hati Seorang Ibu

Telefilem Hati Seorang Ibu mengisahkan perpisahan antara seorang ibu dan anaknya kerana ketelanjuran bersama pasangan tanpa ada apa-apa ikatan yang sah.

Husna pada mulanya menolak permintaan Miza untuk bertemu Atiya. Dia akhirnya membenarkan apabila diberitahu bahawa Miza menghidap penyakit AIDS.

Husna memberitahu Atiya yang Miza adalah ibunya dan meminta Atiya memenuhi hasrat terakhir ibunya itu.

  • hati seorang ibu
  • hati seorang ibu

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Hati Seorang Ibu pada 16 Mac ini, hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here