- advertisement -

Slot Drama On 2 diteruskan lagi dengan sebuah telefilem baru komedi seram berjudul Hantu Viral yang bakal menemui penonton pada 10 Januari 22 di siaran RTM TV2.

BACA : Saksikan Telefilem Si Pencuri Hati Di (Drama On 2) TV2

Sebuah naskhah Mu. Suurya dan hasil penulisan skrip Jefry Talib dengan dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Arja Lee, Ebby Yus, Sathiya dan ramai lagi.

Pengarah : M. Suurya
Penulis Skrip : Jefry Talib
Produksi : Cineorama Sdn. Bhd.
Pelakon : Ebby Yus, Arja Lee, Eika Zulkifli, Sathiya, Ruby Ooi, Ghani Ahmad, Caca Raja Lawak dan ramai lagi.

- advertisement -
hantu viral

Sinopsis Telefilem Hantu Viral

Telefilem Hantu Viral mengisahkan Aziz (Arja Lee) iaitu seorang Youtuber amatur yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia content creator yang juga ingin menjana pendapatan dengan menghasilkan video Youtube.

Jadi kali ini Aziz telah membuat keputusan dan memilih untuk menghasilan content atau video melalui pengalamannya tinggal di sebuah rumah lama

Di situ pelbagai kisah suka duka dan gangguan yang dialami oleh Aziz. Aziz juga memberi idea kepada ketua kampung agar penduduk kampung berkongsi kisah menarik atau perniagaan mereka di media sosial bagi menjana pendapatan mereka pula.

hantu viral

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Hantu Viral pada 10 Januari ini, hari Isnin pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here