Sebuah telefilem seram komedi, Hantu Sangkut 2.0 akan menemui penonton pada 3 April 2021 melalui slot Citra Exclusive, Astro Citra. Sekali lagi gandingan pelakon daripada telefilem Penunggu Soldorm digunakan bagi cerita ini. Pastinya lebih menarik kan untuk ditonton pada hujung minggu ini.
Antara pelakon yang terlibat seperti ahli kumpuluan Floor 88 sendiri, Ayie Elham, Eric Fuzi dan beberapa pelakon lain seperti Wafiy Ilhan, Coki dan ramai lagi.
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Jamal Khan
Penolong Pengarah : Pessha Mohamed
Penulis Skrip : Ainul Farihah
Penerbit : Arie Zaharie, Azlan Zaharie dan Ezam Merican
Terbitan : Arie Zaharie Production bersama-sama Knack Knack Studios
Pelakon : Ayie Elham, Eric Fuzi, Wafiy Ilhan, Danish Daneal @ Coki, Hamda Senario, Arie Zaharie dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Hantu Sangkut 2.0
Telefilem Hantu Sangkut 2.0 ini mengisahkan percutian 4 orang di sebuah Dangau Chalet Resort. Disebabkan mereka tersangkut dan terkandas akibat PKP 2.0, mereka terpaksa tinggal bersama disana.
Disebabkan dari sikap kenakalan masing-masing mereka telah di kacau semasa tinggi di chalet tersebut. Mereka cuba untuk melepaskan diri, namum masih lagi dibelenggu gangguan mengerikan dari “Hantu Sangkut 2.0”. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Saksikan kesudahannya kisah mereka di nanti.
Waktu Tayangan
Telefilem Hantu Sangku 2.0 akan bersiaran pada 3 April ini, hari Sabtu, jam 9 malam melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra (128) dan Citra HD (108). Jika terlepas, anda masih boleh saksikan menerusi On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.