Astro akan membawakan sebuah filem dari negara jiran, Singapura bertajuk Gunting The Movie yang akan bersiaran pada 14 Ogos 2021 di Astro Ria. Ianya menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai lontaran dialog bagi setiap babak.
BACA : Saksikan drama Saga di Astro Ria
Telefilem yang menampilkan pelakon Singapura, Taufiq Batisah dan Hisham Hamid yang juga popular di Malaysia. Gunting The Movie pernah ditayangkan di Singapura pada tahun 2017 yang lalu dan kini di ulang siar bagi tontonan penonton Malaysia pula.
Tayangan : Astro Ria
Pengarah : M. Raihan Halim
Skrip : M. Raihan Halim
Penerbit : Suriana Supaat
Produksi : Tribal Worldwide
Pelakon : Taufik Batisah, Hisham Hamid, Fir Rahman, Adlina Adil, J A Halim, Yuslina Yussof, Rahimah Rahim, Shane Mardjuki dan ramai lagi


Sinopsis telefilem Gunting The Movie
Telefilem Gunting The Movie menceritakan watak Taufik yang merupakan seorang hair stylist terkenal di Los Angeles terpaksa kembali ke Singapura semula bagi menjaga bapanya selepas.
Disebabkan Taufik sudah tidak bekerja, dia mengajak rakan baiknya, Hisyam untuk membuka sebuah kedai gunting rambut dan seterusnya menamakan sebagai Solihin & Son Barber.
Sepanjang penceritaan, pelbagai konflik berlaku terutamanya Taufik bersama bapanya. Jadi apakah masalah mereka ini berjaya diselesaikan?
Waktu Siaran
Telefilem Gunting The Movie akan bersiaran untuk penonton Malaysia pada 14 Ogos ini, hari Sabtu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim secara online menerusi Astro Go.