Slot Layar Perak kali ini membawakan sekali lagi tayangan telefilem berjudul Grumpy Grampas yang bakal menemui penonton dan bersiaran pada 6 Februari 2022 di saluran TV Okey.
BACA : Telefilem Atok On Tak On Di TV Okey (Layar Okey)
Sebuah naskhah asal daripada Radhi Khalid yang merupakan arahan asa ini menampilkan barisan pelakon pelbagai kaum seperti Shaharuddin Tamby, Chew Kin Wah dan Gusion Lal
Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Radhi Khalid (fdam)
Cerita Asal : Radhi Khalid
Penulis Skrip : Zulkeflie M. Osman
Produksi : Radhikal Films Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shaharuddin Tamby, Chew Kin Wah, Gusion Lal, Maimunah Ahmad, Farahdhiya, Wan Umar, Chai Zi, Rayyan, Sashidaran G Gunathevan, Z. Lokman dan ramai lagi
- Shaharuddin Tamby sebagai Razak
- Chew Kin Wah sebagai Roger
- Gusion Lal sebagai Rajoo
- Maimunah Ahmad sebagai Anggerik
- Farahdhiya sebagai Cik Sally
Sinopsis Telefilem Grumpy Grampas
Telefilem Grumpy Grampas ini mengisahkan Rajoo, Razak dan Roger merupakan sahabat baik sejak kecil. Mereka bertemu semula apabila tua di Villa Asmara, sebuah rumah jagaan warga tua.
Ketiga-tiga mereka berasa amat gembira kerana bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Namun, kehadiran Sally, seorang gadis yang baharu mulakan tugas di Villa Asmara merubah segalanya!


Waktu Bersiaran
Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Grumpy Grampas pada 6 Februari ini, hari Ahad jam 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey.
Anda juga boleh saksikan menerusi platform online RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store