Saksikan telefilem Geng Van Jenazah yang diulang siar bagi tontonan ramai yang akan menemui penonton pada 28 Mei 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Cerekarama TV3 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Mejar Zainal Hayat & Zamri Mahmud
Produksi : Cinema Stage Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara bintang atau pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Tomok, Issey Fazlisham, Elisya Sandha, Aepul Roza, Azhan Rani, Wan Sharmila, Reen Rahim, Che Mat Raja Lawak, Shah Sulaiman, Aleza Shadan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Tomok sebagai Husin
- Issey Fazlisham sebagai Mail
- Elisya Sandha sebagai Sharifah
- Azhan Rani sebagai Pak Tam
Sinopsis Telefilem Geng Van Jenazah
Telefilem Geng Van Jenazah mengisahkan tentang Husin iaitu seorang pemandu van jenazah yang bersahabat baik dengan Mail. Suatu hari Husin menerima panggilan untuk mengambil jenazah Pak Tam yang meninggal dunia akibat makan durian. Husin dan Mail dikehendaki menghantar jenazah Pak Tam ke kampung asalnya.
Dalam perjalanan menghantar Pak Tam ke kampung asalnya, Mail menerima panggilan daripada kekasihnya, Sharifah yang ingin berjumpa kerana dipaksa bertunang dengan orang lain.
Kerana kesuntukan masa Sharifah dibawa bersama, dan mereka menggunakan jalan pintas. Macam-macam hal dan kejadian berlaku.