Jangan lupa saksikan telefilem Gadis Vroom Vroom yang akan menemui penonton pada 2 September 2022, hari Jumaat pada pukul 3.00 petang di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 September 2022 (Jumaat)
Waktu : 3.00 Petang
Pengarah : C. Kumaresan
Produksi : Skop Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Elizabeth Tan, Dazrin Kamarudin, Wanna Ali, Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Zalfa Zin dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Elizabeth Tan sebagai Sarah
- Dazrin Kamarudin sebagai Ray
- Nazeera Sardi sebagai Lisa
Sinopsis Telefilem Gadis Vroom Vroom
Telefilem Gadis Vroom Vroom mengisahkan Sarah yang ditawarkan untuk menyertai pasukan Ray Racing Academy selepas Ray, seorang bekas pelumba profesional secara tidak sengaja melihat cara pemanduannya yang ketika itu sedang dalam kecewa kerana putus tunang.
Selepas Sarah menyertai pasukan tersebut, pelbagai syarikat berminat untuk memberi penajaan.
Konflik mula timbul apabila Sarah terpaksa berhadapan dengan perasaan cemburu Lisa yang merupakan rakan sepasukan dan juga tunang kepada Ray!