- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Gadis KOL yang akan menemui penonton pada 28 Januari 2023, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra 107 dan secara online di Astro Go.

Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra
Tarikh : 28 Januari 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Dharma Nasution
Penulis Skrip : BainunWaheeda
Pengarah : Dharma Nasution
Produksi : Celebrate TV

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shalma Ainaa, Fikry Ibrahim, Didie Alias, Luqman Hafidz, Dee Al-Hadi, Raja Azura, Ps Mansur dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Fauzi
  • Shalma Ainaa sebagai Sofiah Maisarah
  • Didie Alias sebagai Tok Sameah
  • Raja Azura sebagai Raja Azura

Sinopsis Telefilem Gadis KOL

Telefilem Gadis KOL mengisahkan tentang Piah yang hidup bersama neneknya, Tok Sameah selepas kematian kedua ibubapanya. Sejak dari itu, Piah tinggal bersama dan terus membantu neneknya berniaga sehingga berjaya membuka warung makanan sendiri hasil bantuan daripada kawan baiknya, Fauzi.

- advertisement -

Niat ingin membantu neneknya, Piah sering kali mencipta content tentang warung neneknya di dalam laman sosial dan berharap pada suatu hari, warung neneknya akan viral dan akan ramai pelanggan yang akan datang.

Pada satu hari, Piah mula dikenali dikenali apabila video memasak bersama neneknya menjadi di viral. Piah kemudian ditawarkan untuk menjadi K.O.L di sebuah syarikat di Kuala Lumpur dan kehidupannya mula berubah.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here