- advertisement -

Sempena Tahun Baru Cina, RTM akan bawakan sebuah telefilem kekeluargaan berjudul Final Wish yang akan bersiaran pada 31 Januari 2022 iaitu malam ‘makan besar’ menerusi slot Drama On 2 di TV2.

BACA : Telefilem Sekoci 123 Di TV2 (Drama On 2)

Sebuah telefilem yang memaparkan kehidupan masyarakat majmuk dimana watak utama dalam cerita ini merupakan mereka yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Dato’ T.S Jeffrey
Penulis Skrip : Adza Emie
Penerbit : Dato’ T.S Jeffrey
Produksi : Pentas Wayang Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Kenji Sawahit, Farid Amirul, Ramasundran, Azzahra, Kogila, Huiby Ngan, Kingsley Lee dan ramai lagi

- advertisement -
  • Kenji Sawahit sebagai Chong
  • Farid Amirul sebagai Ali
  • Ramasundran sebagai Muthu
final wish

Sinopsis Telefilem Final Wish

Telefilem Final Wish mengisahkan Chong dimasukkan ke Hospital kerana kanser tahap 4. Di dalam wad dia ditempatkan sebilik dengan Ali dan Muthu yang masing-masing menghidapi kanser.

Hubungan mereka mulanya tidak begitu baik. Ada saja pergaduhan kecil yang berlaku antara mereka. Namun, pada satu malam apabila Ali dan Muthu mendengar tangisan Chong, hati mereka sebak dan mula berkawan dengan Chong.

Barulah mereka tahu bahawa Chong sebatang kara dan tidak ada keluarga. Chong teringin sekali untuk sambut Tahun Baharu Cina buat kali terakhir, dan dia mengajak Ali dan Muthu untuk sambut sekali. Ali dan Muthu terus fikir bagaimana nak tunaikan kemahuan akhir sahabatnya itu – masalah sekarang bagaimana mereka nak keluar dari hospital pula?

Ketiga sahabat baru ini telah berjaya keluar dari hospital dengan bantuan Sister June dan pulang ke rumah Chong. Chong memberitahu Ali dan Muthu dia ada hajat terakhir iaitu mencari kakaknya yang telah lama pisah.

Perjalanan mereka untuk mencari kakak Chong dan realisasikan sambutan akhir buat Chong berjalan dengan agak tak lancar dengan pelbagai kejadian komedi dan menakutkan pada masa yang sama.

  • final wish
  • final wish
  • final wish

Waktu Bersiaran

Jadi terlepas untuk saksikan telefilem Final Wish pada 31 Januari ini, bersamaan hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun menerusi Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here