Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem melayu terbaru menerusi slot Panggung RTM iaitu berjudul Dunia Kita Berbeza yang akan bersiaran pada 5 Februari 2022 di saluran TV1.
Sebuah telefilem arahan Malek Rahman ini bakal menemui anda dengan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Atiq Azman, Neera Azizi, Reza Hasbi dan Arfan Rashid.
Tayangan : Panggung RTM di TV1
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Shaza Talib & Fisue
Produksi : All Media Creation Sdn. Bhd.
Pelakon : Atiq Azman, Neera Azizi, Reza Hasbi, Arfan Rashid, Zulkifli Ismail, Aishah Atan, Rahim Omar, Zainal Hayat, Zaher Lazek dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Dunia Kita Berbeza
Telefilem Dunia Kita Berbeza mengisahkan seorang pemuda bernama Azrul yang rajin bekerja dan suka membantu penduduk kampungnya. Namun begitu dia dimusuhi oleh Man, anak ketua kampung disebabkan kebaikannya.
Dalam masa sama, Azrul menaruh hati terhadap Wafa yang juga diminati oleh Man. Disebabkan itu juga Man dan kawannya Midin sering mengganggu dan memfitnah Azrul.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Dunia Kita Berbeza yang akan bersiaran pada 5 Februari ini, hari Sabtu jam 9.00 malam menerusi Panggung RTM di saluran TV1.
Selain itu, anda boleh saksikan di portal online RTM KLIK iaitu di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.