Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Terlindung yang akan menemui penonton pada 14 Ogos 2022, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di slot Cereka Ahad di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 14 Ogos 2022 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Hana Hariz
Penulis Skrip : Shuhadatul Ain Zakaria
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Alfanazra Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan, Dato’ Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Ezzrin Loy, Erynn Erynna dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Zamarul Hisyam sebagai Khairi
- Jue Aziz sebagai Hana
- Eira Syazira sebagai Zie
- Hairi Safwan sebagai Faizal
- Dato’ Jalaludin Hassan sebagai Datuk Nadzri
- Azizah Mahzan sebagai Datin Rosnah
- Naim Daniel sebagai Irfan
- Bella Dowanna sebagai Eisya
Sinopsis Telefilem Dosa Terlindung
Telefilem Dosa Terlindung mengisahkan tentang Khairi yang hidup bersama dua anaknya yang masih kecil iaitu Eisya dan Irfan tanpa ibunya disisi apabila dia telah meninggalkan keluarga tersebut kerana tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan.
Dalam pada itu juga, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang mana menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.
Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.
Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.