- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan yang akan menemui penonton pada 25 November 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di www.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 25 November 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Syed Taufik Al Attas
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi :

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aidit Noh, Adik Dura Mitilda, Hairi Safwan, PU Riz, Fizi Amer dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Nik Haikal
  • Nad Zainal sebagai Suraya
  • Mira Filzah sebagai Tasha
  • Aidit Noh sebagai Daud
  • Adik Dura Mitilda sebagai Aimi
  • Hairi Safwan sebagai Azali
  • Fizi Amer sebagai Pablo
  • PU Riz sebagai Osman

Sinopsis Telefilem Dosa Perempuan

Telefilem Dosa Perempuan mengisahkan tentang kehidupan Nik bersama isterinya, Suraya dan anak mereka, Aimi yang menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sekolah anaknya.

- advertisement -

Nik merupakan seorang peguam dan dia baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat.

Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik.

Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud.

Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here