Citra Exclusive kali ini membawakan sebuah telefilem yang sedikit berbeza dengan sebelum ini iaitu menerusi telefilem Dolla : Watch Me Glow yang akan bersiaran pada 22 Mei 2021. Ianya bagi menggantikan cerita sebelum ini, Puaka Hari Raya
Telefilem kali ini berbeza kerana ianya mengisahkan perjalanan 4 wanita daripada ahli kumpulan Dolla yang kini sudah popular terutamanya di Malaysia. Ianya bukan dokumentari tetapi diolah dalam penceritaan drama yang mana hampir 60% adalah inspirasi daripada kisah benar.
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
4 pelakon utama yang juga merupakan ahli kumpulan Dolla sebenar iaitu Sabronzo (Sabrina), Angel, Syasya dan Tabby. Selain itu, turut dibantu oleh Fauziah Nawi, Azwan Ali, Catriana Ross, Aida Aris, Angeline Tan, Douglas Lim, Mat Over, Aniq Suhair dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Dolla: Watch Me Glow
Telefilem Dolla : Watch Me Glow merupakan sebuah telefilem khas lakonan pertama kumpulan Dolla iaitu Sabrina, Tabby, Angel dan Sasha.
Cerita ini merupakan inspirasi dari kisah benar yang mengisahkan tentang susah senang kumpulan Dolla (Sabrina, Tabby, Angel dan Sasha) membentuk sebuah kumpulan yang ingin mencapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang Muzik.
Jika anda ingin ketahui bagaimana kehidupan mereka sebelum bergelar bintang, jangan lup untuk saksikan nanti.
Waktu Tayangan
Dolla : Watch Me Glow akan menemui penonton pada 22 Mei ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra. Anda boleh juga saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.