Sempena Ramadan, TV3 membawakan semula slot Cereka Ahad dan kali ini akan dimulakan dengan telefilem Doktor Idaman yang akan bersiaran pada 3 April 2022 di TV3.
Sebuah telefilem komedi terbitan Mermaid Studios ini merupakan arahan daripada Liyana Jasmay yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Bella Astilah dan Nadiya Nisaa.
Tayangan : TV3
Pengarah : Liyana Jasmay
Idea Asal : Fatin Syamimie
Penulis Skrip : Fatin Syamimie
Penerbit : Adriana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios


Pelakon
Antara pelakon-pelakon terkenal Malaysia yang terlibat dalam telefilem ini ialah Nadiya Nisaa, Bella Astilah, Dee Alhadi, Azrel Ismail, Nik Rafa’ie dan ramai lagi
- Nadiya Nisaa sebagai Sarah
- Bella Astilah sebagai Meen
- Dee Alhadi sebagai Dada
- Azrel Ismail sebagai Dr. Imal
- Nik Rafa’ie sebagai Azri
Sinopsis Telefilem Doktor Idaman
Telefilem Doktor Idama mengisahkan tentang tiga wanita urban Sarah, Meen dan Dada yang jatuh cinta pada seorang doktor hensem iaitu Dr. Imal di Klinik Idaman.
Ketiga-tiga mereka gilakan doktor itu tapi hanya seorang saja yang berjaya mencuri hatinya. Adakah mereka jatuh sakit atau sebenarnya mereka jatuh cinta?


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Doktor Idaman pada 3 April ini, hari Ahad pada jam 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad sempena Ramadan di saluran TV3.
Selain itu, jika anda tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda juga boleh saksikan secara online di platform Media Prima di Tonton.