Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem baru bertajuk Doa Untuk Adik yang akan menemui penonton pada 16 April 2022 menerusi slot Panggung RTM di TV1.
Telefilem yang menampilakan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya ini merupakan terbitan syarikat produksi BZ2121 Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh pengarah Ismailzal Yusoof.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Pengarah : Ismailzal Yusoof
Produksi : BZ2121 Productions Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Rusdie Ramli, Syafie Naswip, Zahiril Adzim, Nadia Aqilah, Nabila Huda dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Doa Untuk Adik
Telefilem Doa Untuk Adik mengisahkan tentang Khalid yang menghadapi konflik dan juga dilanda musibah dalam hidupnya.
Disebabkan itu, Ilyas iaitu abangnya dipersalahkan, namun Ilyas terus menitip doa untuk adiknya, Khalid sehingga ke penghujung hayatnya.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Doa Untuk Adik pada 16 April ini, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1.
Selain itu, anda juga boleh strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.