Jangan lupa tayangan Citra eksklusif pada 16 Januari 2021 melalui telefilem Diva Dari Jakarta di Astro Citra bersama barisan pelakon hebat.
Telefilem Diva Dari Jakarta sebuah filem komedi dibarisi pelakon seperti Sherry Al Hadad, Ruhainies dan ramai lagi. Pastinya malam minggu anda disajikan dengan adegan lawak yang tidak kering gusi. Sherry berlakon jadi diva indonesia? Kena tengok!
Tayangan : Citra eksklusif di Astro Citra
Pengarah : Faliq Sharif
Pelakon : Sherry Al Hadad, Ruhainies, Ummi Umairah, Zarynn Min dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Diva Dari Jakarta
Mengisahkan Eryn seorang kanak-kanak yang lagaknya seorang Diva dari Jakarta. Eryn bertemu dengan Ejot yang berbadan besar dan Eryn merasakan Ejot langsung tidak layak menjadi sahabatnya. Suatu hari berlaku kejadian dimana Eryn tersedar dari koma dan dia sudah dewasa! Segalanya berubah, Eryn menjadi besar Ejot pula menjadi persis seorang Diva.
Waktu Tayangan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Diva Dari Jakarta, pada sabtu, 16 Januari 2021, pukul 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD. Anda juga boleh strim melalui On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo