Minggu baru dengan cerita baru. Untuk kali ini, RTM akan bawakan sebuah lagi telefilem terbaharu untuk tontonan ramai berjudul Disebalik Hati yang akan bersiaran pada 7 Februari 2022 menerusi slot Drama On 2 di saluran TV2.
BACA : Telefilem Sekoci 123 Di TV2 (Drama On 2)
Sebuah naskah arahan Hashim Rejab, terbitan Pacific Intermax Sdn. Bhd. ini bakal menampilkan barisan pelakon seperti Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal dan ramai lagi
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Nazeera Sardi, Mustaqim Bahadon, Shiqin Kamal, Mahmud Alibashah, Nadia Kesuma, Nur Atika, Rahim Jailani dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Disebalik Hati
Telefilem Disebalik Hati mengisahkan Mariam iaitu seorang pekerja yang rajin dan baik hati. Jamil amat berterima kasih pada Mariam kerana dengan bantuan Mariam dia mendapat kepercayaan Tuan Haji Rosli.
Cadangan Mak Wan untuk menjodohkan Mariam dengan seorang duda anak dua ditolak oleh Mariam. Mariam juga menolak lamaran Wahid Borneo rakan baik Tuan Haji Rosli.
Jauh dibenak hati Mariam dia amat mengharapkan Jamil sebagai calon suaminya. Jamil melantik Diana, seorang gadis cantik sebagai setiausahanya di pejabat. Harapan Mariam pada Jamil semakin pudar apabila dia diberitahu yang Jamil akan mengikat tali pertunangan dengan Nurazlina.
Nurazlina juga mendesak Jamil supaya memecat Mariam. Mariam mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung. Jamil hanya sedar yang Mariam menaruh hati padanya apabila diberitahu oleh Diana, anak saudaranya.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Sebalik Hati pada 7 Februari ini, hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di saluran TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan menerusi portal online RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.