Jangan lupa saksikan telefilem Dia Kembarku yang akan menemui penonton semula pada 14 Oktober 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Idea Asal : Zhamida Dyana
Penulis Skrip : Yuswaisar
Pengarah : Isma Yusof
Produksi : Kembar Sufi Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Dia Kembarku ini seperti Emma Maembong, Lisdawati, Norman Hakim, Raja Azmi, Baiq Balqis, Lalu Putera, Nadhif Sazali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Emma Maembong sebagai Amira/Amina
- Norman Hakim sebagai Datuk Jamal
- Lisdawati sebagai Datin Maria
- Raja Azmi sebagai Mak Kiah
- Yus Waisar sebagai Zarul
Sinopsis Telefilem Dia Kembarku
Telefilem Dia Kembarkan mengisahkan tentang seorang bapa yang tergamak membuang seorang daripada anak kembarnya kerana mengalami kecacatan di bahagian wajahnya.
Amina dipisahkan dari ibunya dan orang gaji, Mak Kiah yang membesarkan Amina di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, Amina diminta menutup bahagian wajahnya yang buruk dengan sapu tangan atau tuala kecil apabila berada di khalayak.
Namun, Amina tidak pernah menyalahkan takdir. Kehadiran Amina di rumah Datuk Jamal merubah segalanya. Adakah Amina dapat menerima ayahnya di atas perbuatannya kepada Amina selama ini? Dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan ayah.



