- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan membawakan semula atau ulang siar telefilem Di Penghujung Fatamorgana yang akan menemui penonton pada 12 April 2022 menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Jika sebelum ini kita biasa tengok sebuah cerita dengan kisah cinta, tetapi kali ini berbeza apabila Di Penghujung Fatamorgana mengetengahkan kisah penculikan kanak-kanak.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat produksi Megapine (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, Ejump Mohd dengan hasil nukilan skrip oleh Akmal Firul.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Akmal Firul
Produksi : Megapine (M) Sdn. Bhd.

- advertisement -
di penghujung fatamorgana

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Amar Asyraf, Nazia Mustafar, Sara Ali, Ainin Batrisya, Nina Iskandar, Fezrul Khan, Aizat Hassan dan ramai lagi.

Sinopsis Di Penghujung Fatamorgana

Secara ringkasnya telefilem Di Penghujung Fatamorgana mengisahkan tentang kehilangan anak seorang wartawan, Zamarul yang sedang menulis tentang satu lagi kes penculikan seorang anak pasangan usahawan selebriti.

Penculikan itu disyaki berkait rapat dengan satu sindiket, namun terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan setelah kes tersebut menjadi satu misteri.

Apakah yang terjadi pada pengakhiranya? Mungkin ada misteri yang berjaya terungkai?

di penghujung fatamorgana

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Di Penghujung Fatamorgana pada 12 April ini, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Jika anda terlepas, anda juga boleh saksikan atau strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau di aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here