Jika anda tiada aktiviti pada malam jumaat ini, anda boleh saksikan telefilem Derai yang dibawakan sekali lagi bagi tontonan anda di siaran TV3 pada 11 Mac 2022.
BACA : TV3 Siar Telefilem Mr Maid Suami Ibu
Sebuah telemovie arahan Feroz Kader menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli dan ramai lagi.
Tayangan : TV3
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Penerbit : Feroz Kader & Jan Mohd Amin
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Mimi Lana sebagai Nurul
- Syafiq Kyle sebagai Khalid
- Redza Rosli sebagai Bahar
- Jay Iswazir sebagai Azman
Sinopsis Telefilem Derai
Telefilem Derai mengisahkan tentang Nurul iaitu seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suaminya, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.
Nurul Asyikin hidup bahagia bersama Khalid dan anak perempuan mereka, Nur Syakila. Mereka sekeluarga hidup sederhana di luar bandar dari bandar Kuala Lumpur dan menjalankan perusahaan kecil, memandangkan masing-masing ada beberapa bidang tanah yangg boleh diusahakan.
Bahar dan Azman adalah dua orang sahabat baik Khalid, sewaktu belajar dahulu. Suatu hari Baharudin dan Azman datang ke kampung, memujuk Khalid untuk ikut serta dalam satu rancangan perniagan yang mereka mahu jalankan.
Rancangan ini sekaligus membolehkan Khalid mula melihat perniagaan ke pasaran antarabangsa. Khalid sangat teruja dengan cadangan itu tetapi Nurul tidak bersetuju, dia risau jikalua Baharudin mempergunakan suaminya yang dikenali dengan sifat mudah percaya dan pemurah.


Waktu Siaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Derai pada 11 Mac ini, hari Jumaat jam 10.00 malam di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal Tonton di www.tonton.com.my