- advertisement -

Slot kedua bagi Drama On 2 akan membawakan sekali lagi sebuah telefilem berjudul Dendam Tapi Cinta untuk tontonan ramai pada 8 Februari 2022 di siaran RMT di TV2.

Sebuah telefilem terbitan Paper Screen Pictures, arahan MADJOHN bakal menampilkan gandingan Ungku Ismail dan Azar Azmi sebagai penerajuk dan pelakon utama dalam cerita ini.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Ahmad Hashim @ MADJOHN
Penulis Skrip : Yati Chung
Produksi : Paper Screen Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Ungku Ismail, Azar Azmi, Tash Yong, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Redza Hasbi, Syafiq Sahli, Mia Aynor, Lash Mokhtar dan ramai lagi.

dendam tapi cinta

Sinopsis Telefilem Dendam Tapi Cinta

Telefilem Dendam Tapi Cinta mengisahkan Faiz iaitu abang Lisa tidak dapat menerima kematian adiknya dan bertekad untuk membalas dendam keatas Haziq. Faiz berpura-pura berkawan baik dengan Haziq.

- advertisement -

Haziq mempunyai seorang adik bernama Nadia yang baru habis belajar. Faiz telah jatuh hati dan mula memikat Nadia. Faiz mengambil keputusan untuk berkahwin.

Faiz mula berubah dan tidak melayan Nadia dengan baik. Faiz buntu kerana dia amat sayangkan Nadia tetapi kematian adiknya belum terbela.

Nadia telah jatuh dari tangga dan cedera teruk di kepala. Selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di otak, Nadia hilang ingatan. Faiz runsing memikirkan keadaan isterinya Nadia kerana dia amat menyayanginya.

dendam tapi cinta

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Dendam Tapi Cinta yang akan bersiaran pada 8 Februari 2022, hari Selasa jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di RTM TV2. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi RTM KLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here