Jangan lupa untuk saksikan telefilem Dejavu yang akan menemui penonton pada 6 Julai 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 6 Julai 2022 (Rabu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Amzari Amri
Produksi : Danau Sempurna Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Azar Azmi, Fadlan Hazim, Kirana Batrisyia, Syed Muhammad Baqir, Juita Johari, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Azar Azmi sebagai Izara
- Fadlan Hazim sebagai Hanif
- Syed Muhammad Baqir sebagai Rayyan
- Kirana Batrisyia sebagai Haira
- Juita Johari sebagai Mama
- Syafnida Shuhaimi sebagai Julia
Sinopsis Telefilem Dejavu
Telefilem Dejavu mengisahkan tentang Izara yang mengalami gangguan mental kerana suaminya telah berlaku curang. Disebabkan itu, dia telah merancang pembunuhan suaminya.
Malangnya kemalangan yang dirancang Izara untuk membunuh suaminya telah menyebabkan 2 orang anaknya terkorban. Akibatnya, peristiwa tersebut telah berulang-ulang datang dalam mimpinya sehingga terbawa-bawa ke alam realiti hidupnya.

