- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Debu-Debu Dosa yang akan menemui penonton pada 5 Julai 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 5 Julai 2022 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nor Farhana
Pengarah : Ollynn Khadri
Produksi : Beat Revolution Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Tasha Shilla, Fakree Ibrahim, Wan Maimunah, Dhazrin Kamaruddin, Puan Suraya, Zack, Kumika dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Debu-Debu Dosa

Telefilem Debu-Debu Dosa bermula dengan kisah rumah tangga Alya dan Hairi yang mula retak stelah hampir 6 tahun usia perkahwinan mereka. Isterinya, Alya curang dibelakangnya dan berkenalan dengan seorang lelaki bernama Zack.

- advertisement -

Selepas bercerai, Alya membawa Darius tinggal dengan Mak Yam. Alya sering marah dan mengherdik Mak Yam. Mak Yam juga terpaksa bekerja keras menjual nasi lemak untuk menyara anak dan cucunya kerana Alya malas bekerja dan hanya tahu minta duit, Mak Yam cedera kerana perbuatan Alya.

Alya membawa Darius lari dan tinggal dengan kekasihnya. Alya dan kekasihnya ingin pergi bercuti, Alya meninggalkan Darius seorang diri dirumah sehingga Darius jatuh pengsan keseorangan.

Hairi terkejut dengan cerita Mak Yam dan mendapat kejutan lagi sekali selepas polis menelefonnya menerangkan keadaan anaknya, Darius. Alya kemalangan ketika mengejar Ambulans, dan tidak dapat diselamatkan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here