Untuk slot Drama On 2 kali ini, RTM membawakan sekali lagi atau ulang siar sebuah telefilem berjudul Daffodil Lara yang akan menemui penonton pada 15 Februari 2022 di siaran TV2.
Telefilem pada awalnya disiarkan pada tahun 2018 ini menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Amyra Rosli, Hafeez Mikail dan Amar Baharin serta pelakon-pelakon yang lain.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Produksi : Pena Creative Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak Lakonan
Antara pelakon yang membintangi telefilem Daffodil Lara ini seperti Amyra Rosli, Hafeez Mikail, Amar Baharin, Nabihan, Marissa Yasmin dan ramai lagi
- Amyra Rosli sebagai Lara
- Hafeez Mikail sebagai Ilham
- Amar Baharin sebagai Hairi
- Marisa Yasmin sebagai Jane


Sinopsis Telefilem Daffodil Lara
Telefilem Daffodil Lara mengisahkan Lara yang menguruskan sebuah kafe milik ibunya, Jane di Cardiff. Sementara itu Hairi yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti juga bekerja sambilan di tempat yang sama.
Berada jauh di negara orang membuatkan dua sahabat ini, Hairi dan Lara banyak meluangkan masa bersama dan saling memahami. Apa sahaja dikongsikan bersama keduanya termasuk suka dan duka. Lara sentiasa memerlukan Hairi dan begitu juga sebaliknya.
Keakraban itu membuatkan dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara. Dia berharap Lara sudi menerima dirinya sebagai kekasih. Namun sebaliknya pula bagi Lara. Lara sering mengelak apabila Hairi berbicara tentang hati kerana sejarah sedih kematian kekasih serta ayahnya. Kesedihan itu membuatkan dia belum sedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.
Namun segalanya berubah selepas itu apabila perkenalan Lara dengan Ilham mula membuka pintu hatinya. Lara dengan mudah membuka hati untuk menerima Ilham yang jatuh hati kepadanya.
Pertemuan dengan Jane telah merungkai rahsia besar yang tidak diketahui dan dirahsiakan selama ini. Ilham merupakan anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur 2 tahun. Begitu pun keluarga mereka terputus hubungan dan Ilham berkongsi kisah keluarganya. Dari situlah Jane dapat kembali mengingati dia pernah menjadi ibu susuan Ilham.
Masing-masing kecewa dengan berita tersebut. Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat mereka saudara susuan. Begitu juga dengan Jane yang terpaksa menerangkan kebenaran. Mengecewakan Lara bermakna dia turut sama kecewa kerana menyedari perubahan positif Lara sepanjang menjalin hubungan dengan Ilham.
Lalu apakah penyudahnya? Bagaimana pula dengan Hairi yang sentiasa berharap hubungannya dengan Lara akan bersatu?


Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Daffodil Lara yang akan bersiaran pada 15 Februari ini, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di RTM TV2.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di platform RTM KLIK iaitu di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.