Sempena Pesta Keamatan, RTM bawakan sebuah telefilem khas bertajuk Cintara yang akan menemui penonton pada 29 Mei 2022 bersamaan hari Ahad, pada pukul 2.30 petang di slot Layar Okey di TV Okey dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 29 Mei 2022 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Pengarah : Yuri Mejal
Penulis Skrip : Shirlymar
Produksi : Hero Legacy Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Yuri Mejal, Amin Wali, Vanessa Audrey, Clayyrice Laidin, Clarice John Matha, Papajo Johari Abdullah, Sahir Quluq, Ojet Magix, Johnny Damianus, Wan Wala dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Cintara
Telefilem Cintara mengisahkan tentang Adam dan adiknya, Haikal yang sering bertengkar. Suatu hari haikal dibuli dan cincin arwah ayahnya dirampas oleh pembuli. Adam tidak dapat membantu dan ini membuatkan haikal marah kepada abangnya.
Kehadiran Cintara membuatkan adam dan Haikal berusaha untuk merebut hatinya. Pada masa yang sama, Haikal berhutang dengan along dan memerlukan RM 10,000.
Adam telah jatuh cinta terhadap Cintara dan cintanya berbalas. Haikal pula ingin mendapatkan Cintara agar dapat menuntut wang dari adam.