Slot Drama On 2 diteruskan lagi kali ini membawakan semula telefilem yang pernah ditayangkan sebelum ini berjutul Cinta Untukku yang bakal bersiaran pada 25 Januari 2022 di saluran RTM di TV2.
BACA : Telefilem Vampire Masuk Kampung Di TV2 (Drama On 2)
Sebuah telefilem drama arahan sutradara Muhamad Riza ini menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia seperti Elfira Loy, Aedy Ashraf dan Husna Mustaffa
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Muhamad Riza Bin Baharudin
Idea Asal : Norhaidatul Azian
Skrip : Norhaidatul Azian & Amka Ahmad
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Elfira Loy, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Daniel Lim, Nor Amisah Abdullah dan ramai lagi
- Elfira Loy sebagai Indah
- Aedy Ashraf sebagai Rizqi
- Husna Mustaffa sebagai Mawar


Sinopsis Telefilem Cinta Untukku
Telefilem Cinta Untukk mengisahkan tentang pasangan Rizki dan Indah yang telah dituduh berdua-duan dengan melakukan perbuatan terlarang. Sebenarnya mereka dianiaya oleh Mona selepas Rizki menolak cintanya.
Oleh sebab itu, Rizki dan Indah terpaksa menghadapi tohmahan penduduk kampung yang terpedaya dengan helah Mona. Berjayakah Rizki dan Indah membersihkan maruah dan nama mereka kembali?


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Cinta Untukku yang bakal bersiaran pada 25 Januari ini, hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Drama ini juga tersedia di platform online RTM KLIK iaitu di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun melalui Play Store atau App Store