Sempena hujung tahun ini, TV2 akan bawakan sebuah telefilem baru untuk tayangan televisyen tempatan berjudul Cinta Semanis Bubble Tea yang bakal bersiaran pada 27 Disember 2021.
BACA : Tonton drama Kanvas di Tv2 (Drama On 2)
Sebuah telefilem yang menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Alif Hadi ramai lagi.
Tayangan : RTM TV2
Pengarah : Suria Nordin
Produksi : Makmur Megah Sdn. Bhd.
Pelakon : Sweet Qismina, Adam Lee, Alif Hadi, Nazeera Sardi, Amal, Iman Zulkarnain dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea
Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea mengisahkan watak Shuhada iaitu seorang yang gemar meminum Bubble Tea berikutan kekecewaan kerana tiga hari sebelum bertunang, dia ditinggalkan. Zaim, bakal tunangnya memutuskan hubungan mereka kerana dia sudah berkahwin.
Selepas kecewa dalam cinta, Shuhada mula membuka hatinya. Namun, perkenalannya dengan Nik Aiman dan Amal membuat Shuhada dalam dilema untuk memilih siapa yang bakal dijadikan suami.
Waktu Tayangan
Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Cinta Semanis Bubble Tea pada 27 Disember ini, hari Isnin jam 9.00 malam di siaran RTM TV2. Selain itu, anda juga boleh tonton secara online menerusi portal RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my