Slot Citra Exclusive minggu ini akan diisi oleh sebuah telefilem baru tahun 2021 bertajuk Cinta Round 1 yang akan bersiaran pada 13 November 2021 di Astro Citra.
Jika minggu lalu Astro menampilkan telefilem seram Ancak tetapi minggu ditukar kepada sebuah jalan cerita yang mengetengahkan isu buli dengan genre aksi yang menampilkan lakonan Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi dan Elisya Sandha
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Syaza Talib
Penerbit : Muhammad Razlan Ismail
Produksi : Dream At Work Sdn. Bhd.
Pelakon : Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi, Elisya Sandha, Kazar Saisi, Zalif Sidek, Farez Ridwan dan ramai lagi
- Izzue Islam sebagai FARID
- Syakirin sebagai Azizul Ammar
- Azar Azmi sebagai QIELA
- Elisya Sandha sebagai FARIDAH


Sinopsis Telefilem Cinta Round 1
Cinta Round 1 mengisahkan watak Farid yang merupakan seorang pelajar kolej yang pendiam dan tidak mempunyai kawan. Disebabkan itu, dia sering menjadi mangsa buli pelajar kolejnya sendiri.
Syakirin antara pelajar yang sering membulinya. Akibat kelakuannya tersebut, Farid tidak tahan dan nekad untuk bersemuka dengan Syakirin supaya gejala buli yang terjadi ke atas dirinya dihentikan.
Dengan bantuan Qiela, Farid bangkit dan mula belajar seni mempertahankan diri sekali gus dapat mengubah dirinya daripada seorang penakut kepada individu yang lebih berani.
Farid akhinya mencabar Syakirin bertanding dalam perlawanan ‘underground’ untuk menebus maruahnya. Oleh itu, Syakirin terpaksa menggunakan Faridah sebagai helah ke atas Farid kerana perasaan gusar tiba-tiba terdetik.
Adakah akan berlaku sebuah ‘underground fighting’ pada akhirnya? Adakah kes buli dapat dihentikan selepas kebangkitan dan keberanian Farid?


Waktu Tayangan
Saksikan telefilem Cinta Round 1 yang bakal menemui penonton pada 13 November ini, hari Sabtu pukul 9.00 malam di slot Citra Exclusive saluran Astro Citra 108.
Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksible, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.