Jangan lupa saksikan telefilem Cinta Koma yang akan menemui penonton pada 16 Ogos 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 16 Ogos 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Shanker Ragaven
Penulis Skrip : Shanker Ragaven & Hafid Derani
Pengarah : Shanker Ragaven
Produksi : Poketplay Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Luqman Hafidz, Afifah Nasir, Alya Iman, Azim Yusof, Epy Kodiang, Suraida Abu Hassan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Luqman Hafidz sebagai Zamri
- Alya Iman sebagai Felisha
- Afifah Nasir sebagai Hana
- Azim Yusuf sebagai Shukri
Sinopsis Telefilem Cinta Koma
Telefilem Cinta Koma mengishkan tentang Zamri yang berada dalam keadaan koma selama 12 tahun yang mana akhirnya kembali sedar.
Namun begitu, dia menghadapi masalah kerana ketinggalan dalam teknologi yang sedikit sebanyak berubah sepanjang tempoh koma tersebut.
Dalam masa yang sama juga, Zamri mahu mencari semula kekasih lamanya iaitu Felisha tetapi dihalang oleh kawan baiknya Shukri.
Kerana bosan asyik terperap di rumah, Zamri mula menyibukkan diri dengan menjaga bisnes keluarganya dan mencari pasangan hidup.