TV2 bawakan sebuah telefilem romantik komedi terbaru bagi tayangan televisyen tempatan bertajuk Cinta Hati Ayam yang akan bersiaran pada 13 Disember 2021 menerusi slot Drama On 2.
Dalam drama ini, anda dapat saksikan 2 gandingan penyanyi buat pertama kali iaitu Ayie Elham merupakan vokalis Floor 88 dan juga Ara Johari. Mereka juga akan dibantu oleh pelakon lain seperti Catriona Ross, Zarul Umbrella dan ramai lagi.
Judul : Cinta Hati Ayam
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Irwan Rauf
Penulis Skrip : Zuli Ismail
Produksi : Creative Eye Sdn. Bhd.
Pelakon : Ayie Elham, Ara Johari, Catriona Ross, Zarul Husin, Eric Fuzi, Zharif Khan dan ramai lagi
- Ayie Elham sebagai Mael
- Ara Johari sebagai Sarah


Sinopsis Telefilem Cinta Hati Ayam
Telefilem Cinta Hati Ayam mengisahkan tentang sepasang remaja Sarah dan Mael yang bercinta di kolej yang kemudiannya terputus hubungan hanya disebabkan oleh perselisihan faham tanpa sebab yang kukuh.
Setahun kemudian, kehidupan diteruskan dengan Sarah membantu ibunya menjalankan perniagaan menjual ayam segar di pasar. Pada suatu hari mereka dimaklumkan bahawa akan ada penyewa baru di hadapan kedai mereka.
Disini bermulanya konflik, apabila peniaga baru itu adalah ialah bekas kekasih ibu Sarah yang juga bapa kepada Mael. Ibu Sarah dan bapa Mael mempunyai sejarah silam dan telah lama tidak bertegur sapa semenjak ibu Sarah meninggalkan bapa Mael sehari sebelum menikah. Ini telah mengeruhkan lagi keadaan mereka.
Hubungan yang terputus di tengah jalan kembali bertaut di gerai menjual ayam. Jodoh atau kebetulan? Lebih menarik lagi, mereka terpaksa bersaing sengit apabila bapa Mael juga menjual ayam segar.
Pelbagai konflik dan gelagat yang berlaku sepanjang mereka berniaga dan dalam tidak sedar, Sarah dan Mael sebenarnya merindui sesama sendiri dan kembali jatuh cinta. Daripada benci menjadi suka dan bergabunglah mereka untuk sama-sama mengembangkan perniagaan dengan membuka gerai ayam goreng C.H.A.
Waktu Tayangan
Telefilem Cinta Hati Ayam ini akan menemui penonton pada hari Isnin iaitu 13 Disember 2021 jam 9.00 malam di saluran RTM TV2. Jika terlepas, anda boleh menonton semula menerusi portal online, RTM Klik iaitu rtmklik.rtm.gov.my