- advertisement -

Telefilem dengan genre drama komedi seram bertajuk Cincin Pusaka merupakan cerita baru tayangan televisyen Malaysia yang akan disiarkan pada 14 Disember 2021 menerusi slot Kuasa 3 Malam di saluran TV9.

Nampaknya kita akan lihat seorang lagi ahli kumpulan rap terkenal, K-Clique yang bergerak ke bidang lakonan menerusi pelakon Noki yang digandingkan bersama-sama Elisya Sandha.

Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Noki K-Clique, Elisyah Sandha, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Salamiah Hassan, Syarafi Sudarmaji, Ariel Izz, Hisham Zainal dan ramai lagi

cincin pusaka

Sinopsis Telefilem Cincin Pusaka

Telefilem Cincin Pusaka mengisahkan kehidupan pasangan adik beradik iaitu Alina dan Sofian yang suka cemburu dan selalu bersaing nak mengalahkan satu sama lain sejak kecil.

- advertisement -

Setelah kematian nenek, mereka berebut untuk memiliki cincin pusaka neneknya. Tetapi bagi mendapatkan cincin tersebut banyak halangan yang mereka perlu tempuhi memandangkan ianya cincin pusaka.

Jadi siapa antara mereka yang akan berjaya mendapatkan cincin pusaka? Anda mesti tonton sehingga habis drama ini tau.

cincin pusaka

Waktu Tayangan

Telefilem Cincin Pusaka akan bersiaran pada 14 Disember ini iaitu hari Selasa jam 9.30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9. Jika terlepas boleh tonton di saluran Youtube TV9 Malaysia.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here