Slot Drama On 2 bagi telefilem diteruskan lagi dan kali ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sekali lagi atau ulang siar Cik Som Ongah yang akan bersiaran pada 30 Mac 2022 di saluran TV2.
BACA : Telefilem Kaligrafi Hati (Drama On 2 Di TV2)
Sebuah telefilem terbitan Aisha Waryams Sdn. Bhd. serta arahan daripada Sham JR ini pastinya akan mencuit hati penonton disamping mempelajari pengajaran yang disampaikan sepanjang penceritaan
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Sham Jr
Produksi : Aisha Waryams Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Zila Bakarin, Ako Mustapha, Siti Fazurina, Nazeera Sardi, Adam Shahz, Zalfazin, Hazman Al-Idrus, Danny X-Factor dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Cik Som Ongah
Telefilem Cik Som Ongah mengisahkan tentang Cik Som (Zila Bakarin) yang menjadi orang tengah dimana telah berjaya mengatur jodoh antara Hanisa dengan Faizal. Bukan itu sahaja, pasangan Suhaimi dan Marhayu juga berjaya dipertemukan jodoh mereka.
Pada masa sama, Cik Som bukan sahaja menjual jamu dan barang kemas, dia juga turut menjual kambing. Tetapi yang lebih diutamakan Cik Som adalah pencari jodoh.
Semuanya itu dilakukan secara percuma dan Cik Som sangat gembira dengan kepercayaan yang diberi kepadanya.
Kesibukan Cik Som mencari jodoh untuk orang lain menyebabkan rumah tangganya terjejas dan suaminya terabai. Cik Som terlepas pandang dengan tanggungjawabnya yang gagal dilaksanakan.
Masihkan ada kesempatan bagi Cik Som untuk mengubah keadaan? Ataukah dia gagal mengembalikan kebahagiaan dalam rumah tangganya sendiri? Ikuti kesudahannya di TV2.


Waktu Bersiaran
Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Cik Som Ongah pada 30 Mac ini, hari Rabu pada jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda boleh tonton di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.