- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Cermin Kasih yang akan menemui penonton semula pada 30 Disember 2022, hari Jumaat pada pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my

Tayangan : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 30 Disember 2022 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Cerita Asal : K. Adlie
Penulis Skrip : K. Adlie, Laqman Al-Jefri Tarikh dan Nor Syafinaz Samsudin
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Tonton

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Ku Faridah, Zulkifli Ismail, Puteri Luvvna Willma, Nur Myra Damia, Arie Zaharie, Mia Kesuma dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tiz Zaqyah sebagai Marina
  • Shaheizy Sam sebagai Amran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Kak Rock
  • Raja Ilya sebagai Azlina
  • Ku Faridah sebagai Mak Jah
  • Zulkifli Ismail sebagai Hamdan

Sinopsis Telefilem Cermin Kasih

Telefilem Cermin Kasih mengisahkan tentang kehidupan Marina yang bertukar selepas dijodohkan bersama pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis.

- advertisement -

Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam.

Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara.

Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here