Jangan lupa saksikan telefilem seram Cenduai yang akan menemui penonton pada 15 Januari 2023, hari Ahad pada pukul 9.00 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.
Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 15 Januari 2023 (Ahad)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Noy Ibrahim
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Produksi : Million Works Media Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Syazwan Zulkifly, Wafariena, Jaja Iliyes, Fathil Dani, Nur Afizah, Aizad Rosli dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syazwan Zulkifly sebagai Chalit/Raimi
- Wafariena sebagai Inspektor Lia
- Jaja Iliyes sebagai Inang
- Fathil Dani sebagai Wak Kandar
- Nur Afizah sebagai Mak Esah
- Aizad Rosli sebagai Uda
Sinopsis Telefilem Cenduai
Telefilem Cenduai mengisahkan tentang Chalit yang dilahirkan dengan fizikal serta wajah cacat. Kecacatan yang dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. Bidan Esah yang menyambut kelahiran Chalit juga telah diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut.
Kelahiran Chalit juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga ibu bapanya. Malah, Chalit juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya Chalit dilahirkan bersama Qarin jahat namun telah diselamatkan oleh ibunya. Bapanya kemudian menghilangkan diri.
Chalit dikurung di ruang sempit bawah rumah sepanjang tumbesaran sehingga umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungan.
Setelah meningkat dewasa, Chalit telah diserahkan kepada Wak Kandar untuk dipelihara. Sejak itu, Chalit juga mula membantu Wak Kandar menggali kubur.
Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti.
Semenjak menggunakan minyak tersebut, wajah Chalit bertukar menjadi kacak dan kini lebih dikenali sebagai Raimi. Demi mengekalkan ketampanan wajahnya, Raimi menjadi obses dalam memburu gadis sunti untuk mendapatkan minyak dagu.



