Sempena Aidiladha, jangan lupa saksikan telefilem Campervan Haji Meon yang akan menemui penonton pada 10 Julai 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam di saluran TV Alhijrah atau tonton secara online di Alhjirah Plus.
Tayangan : TV Alhijrah
Tarikh : 10 Julai 2022 (Ahad)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jalil Hamid, Fauziah Nawi, Yamani Abdillah dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Jalil Hamid sebagai Haji Meon
- Fauziah Nawi sebagai Hajah Raonah
- Yamani Abdillah sebagai Iqbal
Sinopsis Telefilem Campervan Haji Meon
Telefilem Campervan Haji Meon mengisahkan tentang Haji Meon iaitu seorang bekas drummer dan vocalist kugiran The Lenggong Boys ketika dulu yang memiliki sebuah vespa antik yang memiliki nilai sentimental bilamana ketika remaja dia mengurat isterinya dengan vespa tersebut.
Tiba-tiba tanpa pengetahuan isterinya, Haji Meon tukar (barter trade) vespa itu dengan sebuah Campervan Secondhand beberapa hari sebelum bertolak menunaikan haji. Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu. Haji Meon dapat naik haji lagi!
Kali ini, sebelum berangkat, Haji Meon menyimpan hasrat untuk mecari semula anggota lama kugiran masa mudanya tetapi tidak tahu alamat. Jadi sepanjang perjalanan Haji Meon, isteri dan anaknya kerap berbalah.
Tiba-tiba Haji Meon, isteri dan anaknya ditahan polis dan masuk lokap kerana tanpa pengetahun Haji Meon, Campervan yang digunakannya tersebut adalah campervan curi.
Dapatkah Haji Meon berjumpa dengan semua sahabat-sahabat lamanya sebelum berangkat ke Tanah Suci?