Ini berita baik buat semua penonton RTM terutamanya bagi slot Drama On 2 apabila telefilem berjudul Calon Isteri Abang Macho akan ditayangkan semula di TV2 pada 19 Januari 2022 ini.
BACA : Telefilem Kasih Dia Di TV2 (Drama On 2)
Telefilam Calon Isteri Abang Macho terbitan Story Seller Sdn. Bhd. menampilkan pelakon-pelakon terkenal Malaysia seperti Amar Asyraf, Afifah Nasir, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Story Seller Sdn. Bhd.
Pelakon : Amar Asyraf, Afifah Nasir, Zulkifli Ismail, Khatijah Tan, Ilya Sepahtu, Syuhaida Abraz (Dottie), Syed Mirfan, Maisarah dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Calon Isteri Abang Macho
Telefilem Calon Isteri Abang Macho mengisahkan Mansor (Amar Asyraf) yang juga mahu dipanggil Mansor Macho kerana merasakan dirinya kacak.
Ibunya, Mak Som (Khatijah Tan) mahu menjodohkannya dengan Mila Bam Bam (Afifah Nasir), rakan sepermainannya yang sering dibulinya semasa kecil.
Menyangkakan Mila masih tembam seperti waktu kanak-kanak, Mansor menolak cadangan tersebut bulat-bulat! Jauh panggang dari api katanya. Tapi Mansor tak tahu, Mila sudah berubah sepenuhnya.
Apa agaknya keputusan Mansor ketika dapat tahu perubahan pada Mila tu agaknya?
Waktu Tayangan
Telefilem Calon Isteri Abang Macho akan bersiaran pada 19 Januari ini, hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh strim melalui portal online rtm di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.