RTM bawakan sebuah telefilem baru berjudul Bukan Serapuh Mimpi yang akan menemui penonton pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Ika Sabreena
Pengarah : Amie Maziah
Penulis Skrip : Haida Mazni
Produksi : Brighstar Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara bintang dan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Balkisyh Semundur Khan, Norlia Ghani, Tengku Zara Eryna, Tengku Ahmad Saifuddin, Nur Khadra Syamimi M. Khadri, Ikhwan Khairuddin, Azzahra Ahmad dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Bukan Serapuh Mimpi
Telefilem Bukan Serapuh Mimpi mengisahkan tentang Shimah iaitu seorang ibu yang kemurungan dan menyalahkan diri sendiri selepas kematian anak dan suaminya kerana kemalangan.
Bukan itu sahaja, Shimah juga disisihkan oleh masyarakat setempat apabila dianggap kurang waras. Namun keadaaanya yang sedih itu telah menimbulkan rasa simpati pada Mak Cik Zah dan cuba membantu Shimah untuk terus kuat menerima takdir hidupnya.