Hujung minggu anda kali ini akan disajikan dengan sebuah telefilem tempatan terbaru berjudul Bukan Sebuah Dakyah yang akan bersiaran pada 26 Mac 2022 di TV3.
BACA : TV3 Siar Telefilem Mr Maid Suami Ibu
Telefilem arahan Adam Hamid ini bakal mempertengahkan jalan cerita berkaitan pandemik yang berlaku di Malaysia ketika ini. Pelbagai konflik yang perlu diharungi oleh masyarakat ketika virus ini tiba disini.
Pengarah : Adam Hamid
Idea Asal : Sophilea
Penulis Skrip : Sophilea
Produksi : Creative Skill Solution


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mawar Rashid, Puteri Sarah Liyana, Raf Yaakob, Kismah Johar, Syarul Ezani, Dato Amin Khan, Zoey Rahman, Manan Sulaiman, Idzham Ismail, Rohaya Maya dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Bukan Sebuah Dakyah
Telefilem Bukan Sebuah Dakyah mengisahkan tentang Doktor Arini, seorang petugas barisan hadapan di wad ICU Covid di sebuah hospital. Saban hari dia melihat mangsa dari pelbagai peringkat dimasukkan ke situ untuk menerima rawatan Covid.


Waktu Bersiaran
Jadi hujung minggu anda duduk dirumah bagi menonton telefilem Bukan Sebuah Dakyah pada 26 Mac ini, hari Sabtu jam 10.00 malam di TV3. Anda juga boleh saksikan secara online di portal Tonton.