Bersempena Maal Hijrah, RTM menyajikan sebuah telefilem khas bertajuk BUKAN KHADIJAH yang akan menemui penonton pada 30 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip : Che Li
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama RTM
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Esma Daniel, Laila Nasir, Sahronizam Noor, Yuyun Hikmah, Najua Nasir, Juita Johari, Puteri Rafasya, Adriana Qasmia, Shazman Isaac dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
- Azrel Ismail sebagai Azlan
- Esma Daniel sebagai Zamri
- Laila Nasir sebagai Salmah
- Sahronizam Noor sebagai Baha
- Yuyun Hikmah sebagai Kina
- Najua Nasir sebagai Yati
- Juita Johari sebagai Melah
OST Drama
Judul Lagu : ASA
Penyanyi : Artee & Achah Saputra
Lagu & Lirik : Artee
Susunan Muzik : Zul Horizan, Deera Lee & Achah Saputra
Sinopsis Telefilem Bukan Khadijah
Telefilem Bukan Khadijah dengan genre suspen romantis ini mengangkat kisah penghijrahan seorang gadis ‘kasar’ yang merupakan penderita Retrograde Amnesia dan berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapakah dirinya yang sebenar.
Namun segala kebenaran itu begitu pedih hingga dia tidak sanggup untuk mengingati memori silamnya yang dicemari titik gelap. Kebenaran demi kebenaran terbongkar membuatkan hidupnya diselubungi sengsara.