RTM bawakan sekali lagi telefilem Bukan Cinta Biasa yang akan bersiaran pada 24 Mei 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 24 Mei 2022 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Chad Abd Rahman
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi telefilem ini ialah Rita Rudaini, Hafidz Rosdhi, Trisha Oii, Kamliah Mad Dom, Aidit Noh, Jasper Supayah dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Bukan Cinta Biasa
Telefilem Bukan Cinta Biasa mengisahkan tentang Rania yang merupakan seorang usahawan wanita dalam bidang tekstil yang memiliki segalanya. Kejayaan, kekayaan juga kecantikan.
Namun hidupnya sunyi kerana tidak mempunyai teman hidup. Dina, pembantu peribadinya mencadangkan Rania mencari pewaris. Mana mungkin Rania ada pewaris kalau dia enggan berkahwin?
Rania kemudian membuat tawaran kepada Hafiz, seorang pelajar yang ingin mencari pendapatan tambahan untuk menampung pengajian dan menyara neneknya di kampung. Hafiz ditawarkan untuk berkahwin dengan Rania bagi mendapatkan anak!

