Jangan lupa saksikan telefilem Bisik-Bisik yang akan menemui penonton pada 1 Oktober 2022, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 1 Oktober 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Aryza Jaafar
Penulis Skrip : Aryza Jaafar
Pengarah : Ikhsan Sukiman
Produksi : Unit Drama TV RTM
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq, Adrianna Qasmia, Gen Darwish, Zarra Zhaff, Naurah Rayyani, Faiz Syafie dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik
Telefilem Bisik-Bisik mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar di daerah Kuala Selangor. Kejadian bermula apabila Fahim,12 tahun dan adiknya, Sahidah, 8, dihantar oleh Nazri ke Rumah Kebajikan Rukaiyah.
Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas rumah kebajikan tersebut.
Amri, 41, merupakan pengurus rumah kebajikan yang mempergunakan anak-anak yatim itu terlibat dalam sisi gelap penyeludupan tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut.
Anak-anak ini pula beranggapan setiap arahan yang diberikan oleh Amri merupakan aktiviti rutin rumah kebajikan. Mereka diberi upah sebagai tanda penghargaan.
Kasih sayang yang akrab terjalin antara Amri dan anak-anak yatim menyebabkan tiada prasangka yang wujud termasuklah oleh penduduk sekitar di daerah Kuala Selangor.
Penangkapan Amri membongkar aktiviti pelacuran serta pemerdagangan kanak-kanak yang diketuai Nazri yang menyamar sebagai Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, melalui modus operandi menggunakan ‘Keluarga Angkat Samaran’ bagi melakukan aktiviti terkutuk tersebut.





