- advertisement -

Telefilem Bilal Gantian mengisi slot Panggung RTM yang telah disiarkan di TV1 pada 17 April 2021. Telefilem yang menampilkan Hafeez Mikail, Nasir Bilal Khan dan Sherie Merlis sebagai pelakon utama.

Tayangan : Panggung RTM di TV1
Pengarah : Amzari Amir
Idea Asal : A. Wahid Nasir
Skrip : A. Wahid Nasir
Penerbit : Amir Zainab
Produksi : Ribuvision Enterprise Sdn Bhd
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Hafeez Mikail, Sherie Merlis, Afzan A.Rahman, Nafiez Zaidi, Sheera Edora, Nik Ramly, Norazlina Ismail, Masita Md. Esa, Jamil Ab Manap dan ramai lagi.

  • Nasir Bilal Khan sebagai PAK HABIB
  • Hafeez Mikail sebagai AZAD
  • Sherie Merlis sebagai AISHAH
bilal gantian

Sinopsis Telefilem Bilal Gantian

Azad yang gemar pulang lewat ke rumah kerana menghabiskan masa dengan hobi beliau bermain muzik di sebuah studio. Tabiat ini merisaukan ibu angkat beliau, Aishah.

Dalam perjalanan pulang Azad hampir terlanggar Pak Habib yang ketika itu sedang menyeberang jalan raya untuk mengalunkan azan di sebuah surau berdekatan.

- advertisement -

BACA : Saksikan Telefilem Audrey Di TV1 (Panggung RTM)

Azad bertindak membantu menghantar Pak Habib hingga sampai di surau kampung. Dalam perjalanan Azad berkongsi kisah keluarganya kepada Pak Habib begitu juga Pak Habib yang seronok bercerita tentang latar belakang dirinya. Arwah ayah Azad, meninggal di Mekah 10 tahun lalu. 

bilal gantian

Pak Habib menerangkan dia baru kembali ke kampung itu setelah 15 tahun berkelana. Dia pulang kerana mahu menguruskan jual beli pondok dan tanah kebunnya yang terbiar. 

Oleh kerana sakit kepalanya menjadi-jadi, dia mohon Azad menggantikannya mengalunkan azan. Azad mengalunkan azan subuh mengejutkan ketua kampung dan AJK surau.

Selepas solat kelibat Pak Habib hilang begitu sahaja. Siapakah Pak Habib? Apakah yang berlaku kepada Pak Habib? Tonton telefilem ini di TV1

Waktu Tayangan

Telefilem Bilal Gantian telah disiarkan pada 17 April, hari Sabtu, jam 9.00 malam melalui slot Panggung RTM di TV1. Mana yang terlepas, kini anda boleh tonton semula secara On Demand di rtmklik di rtmklik.rtm.gov.my atau klik pautan dibawah

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here