- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem Bila Tiba Saatnya pada 8 Mei 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 menerusi saluran TV3 ini merupakan terbitan syarikat Luqsar Kreatif Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penulisan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Tayangan Asal : 2016
Siaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 8 Mei 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Bila Tiba Saatnya

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bila Tiba Saatnya seperti Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Kodi Rashid, Zulkifli Ismail, Iswazir Ismail dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Nazim Ohtman sebagai Mohd Nazim
  • Syazwa Zulkifli sebagai Rosman
  • Kodi Rashid sebagai Moin
  • Rusdi Ramli sebagai Aziz
  • Zulkifli Ismail sebagai Majid
  • Jay Iswazir sebagai Azmir
  • Kamal Ibrahim sebagai Hj Shukor Sakam
  • Niena Baharun sebagai Nadrah
  • Dian P. Ramlee sebagai Munah

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Telefilem Bila Tiba Saatnya mengisahkan tentang dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama.

Rosman seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya.

Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat.

Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital.

Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Bila Tiba Saatnya
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here