Jangan lupa saksikan telefilem Bila Larut Malam pada 2 April 2023, bersiaran pada hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat Cinematics Sdn. Bhd., diarahkan oleh Othman Hafsham dengan penulisan skrip daripada Najmie Maziez Mazlan.
Tayangan Asal : 2020
Siaran : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Najmie Maziez Mazlan
Pengarah : Othman Hafsham
Produksi : Cinematics Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bila Larut Malam seperti Idris Khan, Afifah Nasir, Harith Haziq, Fadilah Mansor, Zafran Alhajj, Manis Azman, Wanns Ahmad dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Idris Khan sebagai Nordin
- Afifah Nasir sebagai Cikgu Sofea
- Datin Fadilah Mansor sebagai Habshah
- Wanns Ahmad sebagai Khalil
- Harith Haziq sebagai Ryan
- Manis Azman sebagai Julia
Sinopsis Telefilem Bila Larut Malam
Telefilem Bila Larut Malam mengisahkan tentang Nordin iaitu seorang peronda lebuhraya berdepan dengan trauma apabila isterinya Julia maut dalam kemalangan jalan raya. Anaknya Ryan selamat namun cedera parah dan memerlukan kos rawatan yang mahal.
Sejak dari itu, pelbagai bayangan pelik mengenai isterinya muncul di fikiran Nordin. Lebuhraya menjadi satu laluan sukar buat Nordin tetapi memandangkan anaknya yang memerlukan perbelanjaan yang besar, Nordin meneruskan kerjayanya sebagai peronda lebuhraya.
Mampukah Nordin terus bertahan demi insan disayanginya?

