- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah naskah terbaru iaitu telefilem berjudul Biar Aku Jadi Imammu yang akan menemui penonton pada 26 Mac 2022 di slot Panggung RTM di TV1.

Telefilem arahan Faizal Nadxman terbitan Guam Teamwork Sdn. Bhd. menampilkan gandingan terbaru daripada pelakon Fikry Ibrahim dan Daniella Sya.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Pengarah : Faizal Nadxman
Idea Asal : Najiy Jefri
Penulis Skrip : Afdal Shahizad
Penerbit : Guam Teamwork Sdn. Bhd.

biar aku jadi imammu

Barisan Pelakon

Telefilem ini bakal menyaksikan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik seperti Fikry Ibrahim, Daniella Sya, Nazam Anas, Ku Faridah dan ramai lagi

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Fikry Ibrahim sebagai Fitri
  • Daniella Sya sebagai Sarah 

Sinopsis Telefilem Biar Aku Jadi Imammu

Telefilem Biar Aku Jadi Imammu mengisahkan Fitri yang merupakan seorang graduan dari Mesir mahu menyempurnakan hajat ibunya untuk menjadi pendakwah.

Dalam masa sama, dia terlebih dulu memilih bidang lakonan yang penuh glamour dan kontroversi lalu membawanya mengenali Sarah, Apakah kesudahannya?

biar aku jadi imammu

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Biar Aku Jadi Imammu pada 26 Mac ini, hari Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1.

Anda juga boleh saksikan secara online menerusi portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here