TV9 bawakan sebuah kisah drama baru untuk tayangan televisyen tempata, telefilem Bella (Bila Cinta Bersatu) yang akan bersiaran pada 21 Disember 2021 menerusi slot Kuasa 3 Malam.
BACA : Saksikan Telefilem Kerana Setitik Susu (Slot Kuasa 3 Malam TV9)
Tayangan : Slot Kuasa 3 Malam TV9
Pengarah : Yus Manas
Penulis Skrip : Naza Manas
Produksi : Nuansa Films
Pelakon : Anna Jobling, Daniel Fong, Mandy Chong, Idris Khan, Kuna Muzani, Shyrul Ezwan, Ranjeetha Sivam, Een Efendi, Tengku Tieya, Tina Isaacs dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Bella
Telefilem Bella mengisahkan watak Bella (Anna Jobling) yang memperjuangkan impiannya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bermula dari hadiah sebuah mesin jahit dari Auntie Chan, ibu kepada sahabat baiknya, Alex.
Bella sering membawa balik kain-kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri.
Bella berjaya diterima ke universiti dan menerima tempahan jahitan untuk kelangsungan hidup. Bella mengambil keputusan drastik berkahwin dengan Alex ketika masih belajar.
Mereka sekali lagi terhimpit apabila Bella melahirkan anak dan mereka tidak mampu untuk membelikan susu kepada anak mereka.
Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan meluas. Bella terpaksa mengambil tempahan yang banyak sehingga jarinya bengkak dan tidak dapat menghadiri peperiksaan.
Namun, berkat kesungguhan Bella dan Alex akhirnya mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri.


Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Bella (Bila Cinta Bersatu) yang akan bersiaran pada 21 Disember ini, hari Selasa jam 9.30 malam di slot Kuasa 3 Malam di TV9 dan boleh juga saksikan secara online di Tonton.