Jangan lupa saksikan telefilem Belajar Tak Sudah pada 20 Mei 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Telefielm yang ditayangkan sempena Hari Guru 2023 ini merupakan terbitan Unit Drama TV RTM, diarahkan oleh Ikhsan Sukiman dengan penulisan skrip oleh Ares Bahar bersama Ekem Imer.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 20 Mei 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Ikhsan Sukiman
Penulis Skrip : Ares Bahar & Ekem Imer
Pengarah : Ikhsan Sukiman
Produksi : Unit Drama TV RTM


Barisan Pelakon
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Belajar Tak Sudah seperti Yuna Rahim, Mubarak Majid, Scha Elinnea, Diana Rafar, Zain Hamid, Ziema Din, Ariff Yong, Izwan Hakimi, Bohari Ibrahim dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Mubarak Majid sebagai Cikgu Basri
- Yuna Rahim sebagai Nora
- Diana Rafar sebagai Dr. Linda
- Scha Ellinea sebagai Emy
- Arieff Yong sebagai Haiqal
Sinopsis Telefilem Belajar Tak Sudah
Telefilem Belajar Tak Sudah mengisahkan tentang Cikgu Basri yang juga pesara guru besar yang mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di universiti.
Keputusan ini dibuat adalah kerana cucu kesayangan, Nora tidak berminat untuk menamatkan pengajian akibat terlalu taksub untuk menjadi influencer atau pempengaruh popular.
Nora terinspirasi dengan rakannya, Emy yang sudah berjaya memiliki sebuah kereta hasil daripada wang sebagai seorang influencer.
Begitu pun tindakan Cikgu Basri mendaftarkan diri di kelas yang sama dengan Nora membuatkan mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan cabaran. Semuanya kerana permintaan Nora yang mahukan status hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan pensyarah dan rakan sekelas.
Cikgu Basri adalah satu-satunya pelajar tertua dalam kelas itu, malah dipandang sinis oleh tenaga pengajar dan pelajar universiti. Namun, tanggapan sinis itu berjaya ditepis Cikgu Basir setelah dia berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.
Selain ingin membantu cucunya, kegigihan Cikgu Basir dalam menuntut ilmu adalah kerana berpegang pada pesanan sahabatnya yang menyatakan ‘tuntut ilmu sampai ke negeri China. Kita kena terus belajar selagi masih bernyawa,’.
Ketika berusaha dalam menamatkan pelajaran, kehadiran, Haiqal, yang cemburu dengan keakraban Cikgu Basri dan Nora mencetuskan kontroversi di universiti itu.

